INFO


PONDOK HIDAYATULLAH

INFORMASI 

Pondok Hidayatullah adalah Institusi Pendidikan berasaskan ilmu-ilmu Islam yang berorentasikan sistem pondok dan diterampilkan dalam bentuk moden dengan mengekalkan sistem pengajian pondok tradisi serta tempat beramal dan beribadah kepada Allah SWT
 Pengajiannya dibuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia pelajar tersebut. terletak di Lot 1169 Tg. Kepah Batu 8 Lekir, 32020 Sitiawan Perak Darul Ridzuan.
Pondok ini ditadbir urus oleh Ahli Lembaga Persatuaan Jami’yah Raudhoh As Solihin yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan (ROC) yang dipengerusikan oleh Ust. Hamid bin Hassan. (Rujuk lampiran di slot organisasi)

VISI
Memperjuangkan untuk melahirkan masyarakat Islam di negeri Perak. D. Ridzuan khususnya dan umumnya di Malaysia yang berilmu dan memahami Islam sebagai Ad-Din yang syumul, menghayati keindahannya dan mengamalkannya dengan ikhlas,  untuk mencapai mardhatillah.

MISI
  • Melahir seramai mungkin generasi ulamak serta hufaz dan golongan cendiakawan muslim yang muttaqin yang akan menampung keperluan ummah Islam pada masa akan datang, di bidang pendidikan Islam serta ilmu, tarbiah dan dakwah.
  • Meramaikan golongan celik agama dan Al Quran didalam masyarakat dan membimbing mereka didalam pembelajaran Al Quran, fardhu Ain dan bidang-bidang agama yang lain.



SISTEM PENGAJIAN

Syarat kemasukan pelajar :
Pelajar tidak dihadkan usianya, serta boleh menguruskan diri,terdiri dari warga emas, mualaf, anak yatim, generasi muda dan belia yang boleh mengikuti pembelajaran dan pengajaran serta mengikut undang-undang yang sedia ada. Mualaf dan anak yatim yang miskin diberi biasiswa.

Kategori Pelajar :
1. Pelajar-pelajar yang menetap di Pondok
2. Pelajar-pelajar yang berulang alik
3. Pelajar-pelajar yang belajar di musim cuti sekolah dan Semester
4. Pelajar-pelajar berkala (menyertai kem, kursus)

Pengajian para pelajar :
Sistem pembelajaran terbahagi kepada dua, Pelajar Takhasusiah dan Pelajar Umumiah, bagi pelajar takhasusiah ialah sistem pondok, Tahfiz Al Quran, B. Arab dan akademik (persediaan SPM) dan bagi Pelajar Umumiah (dewasa yang dibuka kepada masyarakat umum) ialah Tahsin Al Quran, Fardhu Ain serta Talaqi kitab-kitab Jawi. (sila rujuk lampiran)

Bilangan Pelajar (sediada) 
 Pelajar Takhasusiah : 50 orang
 Pelajar Umumiyah : 80 orang

Sistem pengajian kami terbahagi kepada 2 program :

1. Program Wajib Kepada Setiap Pelajar

a. Program Tahsin Al Quran
Semua pelajar akan melalui program Tahsin Al Quran, tumpuan diberikan kepada pembacaan Al Quran mengikut tajwid dan sebutan makhraj huruf yang betul.
b. Program Tafqih Al Quran
Mengetahui makna-makna ayat Al Quran yang diterjemahkan dan tafsirannya, sebab turunnya ayat dan ilmu berkaitan dengan Al Quran.
c. Program Fardhu Ain
Terdiri dari Subjek-subjek Teras seperti Tauhid, Feqah dan Tasauf
d. Program Tafqih Al Hadis
Mempelajari 40 hadis asas Islam dan menghafal hadis-hadis tersebut.


2. Program Takhasus
Program ini ialah khusus untuk pelajar yang berkemampuan untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi.

a. Program Talaqi
Program ini ialah berdasarkan kepada Sistem Pondok iaitu pembelajaran kitab-kitab didalam Bahasa Arab secara talaqi dan moden terdiri dari Nahu, Saraf, tauhid,feqah, tasauf, tafsir, hadis, usul feqah,mustalah Hadis dan lain-lain.
b. Program Tahfiz Al Quran
Program ini ialah untuk pelajar-pelajar yang terpilih dan berkemampuan menghafal  30 juzuk Al Quran.
c. Program Menghafal Surah-Surah Pilihan
Program yang diwajibkan kepada pelajar Takhasus
d. Program Akademik
Program tusyen subjek-subjek teras akademik seperti B.Melayu,B.Inggeris, Math, Sains, B. Arab sebagai persediaan untuk mengambil SPM.

42 comments:

  1. assalamualaikum.. macam mana nak daftar ye? untuk pelajar yang cuti smester..

    ReplyDelete
  2. Salam.. Sya dah kerja.. Boleh ke sya masuj.. Sya.nk.mendalami Islam.. Mcm mana nk daftar.

    ReplyDelete
  3. Mana no telefon dan dgn siapa nk dihubungi? Blog ini tk update ke

    ReplyDelete
  4. mcm mana cara nak daftar bg pelajar yg cuti sem???

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum saya ingin memperdalamkn ilmu Agama . Macam mana nak belajar disini . Tetapi dalam masa 2 atau 3 bulan sahaja .

    ReplyDelete
  6. asalamualaikum saudara.. sy sudah berumur 25 tahun, saya ingin belajar disini untuk mendalami ilmu agama.. bolehkah hubungi sy di no ini 0193252905.. atau balas jelah kat sini... tolong sy...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..sy nurul afifah berumur 26 tahun..asal teluk intan perak.belom berkahwin..sy ingin mendalami ilmu agama..kerana sy masih lemah..bolehkah sy belajar di pondok ini..sila hubungi sy di 014-6020805..sy harap dapat maklum balas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Asalamualaikum saya dah berumur 42 th,saya nak berlajar agama kerana sepanjanag hidup saya tidak pernah bersolat dan berpuasa,saya di dilahirkan di dunia ini tampa adik beradik dan saudara mara,dan selalu di fitnah oleh adik beradik saya,sampaikan saya hilabg segalagalanya di dunia ini,dan saya tiada tempat tingal,saya harapkan pihak tuan boleh menbantu saya, sekian terima kasih

      Delete
  8. assalamualaikum sy berminat utk mendalami ilmu agama..bersama ayah saya.. tp sy bekerja... cuma cuti hari sabtu n ahad shj.. kmi tinggal di slim river... blh suggestkan x tmpt yg terdekat dengan rumah kami? yuran berapa? sy berharap agar pihak tuan dapat membalasnya... terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Saya berusia 59 tahun ingin mendalami ilmu agama di pondok dan kalau boleh saya ingin menetap disana. Disamping menetap saya ingin membantu membuat kerja-kerja amal dipondok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, saya nak tahu yurannya berapa? bila waktu mula kemasukan dan berapa lama?

      Delete
  10. Assalammualaikum,kalau nak tahu lebih lanjut "klik" Home dan "klik" Laman Utama dan ada option untuk kita pilih,maaf kalau salah cuma ingin membantu

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum saya berminat untuk masuk sekolah pondok dalam masa cuti semesta ini..bagaimanakah cara nk daftr..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. As salam.mcm mana saya nk contact awk ye

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
  12. As salam.siapa saya bole contact eh utk tya ttg sekolah ni?bole ke kalau saya nk blja disini spnjg cuti sem

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. wassalam. utk belajar di pondok moden darussyafie boleh contact ni, 01139520407 / 01137053382.. atau boleh tgk di fb page dan blog,
      www.facebook.com/darussyafie
      darussyafie.blogspot.my

      harap dpt bntu:) tp utk pngajian di pondok hidayatullah lekir ni sy taktahu pulak mcm mana caranya... tak pernah pergi lagi.. aseef

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  13. Assallamualaikom bagi warga emas apa kah syarat2 nya bagaimana jika saya suami isteri ingin menyertai nya.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Saya umur nak masuk 55tahun ..bole ke datang masa cuti sekolah sahaja..dan akan InsyAllah mencecah umur 59/60 tahun akan belajar full time..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum. Sy bercadang ingin mendaftar di pondok hidayatullah ini. Bagaimana sy ingin menghubungi pihak pengurusan ya?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.macam nak saya nak hubungi.saya minat nak hantar anak saya .anak saya dah hafal 30 juzuk.umur 14 tahun

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, niat saya nak belajar agama dr awal mcm budak2 bljr alif baa taa balik blh ke? Saya nak mula hidup baru sbb dh byk buat dosa dan lupa pd ajaran masa sekolah rendah.. Blh ke pondok ni trima, saya dh berumur 21 tahun.. Skrg ni. Blh ke?

    ReplyDelete
  19. Sy berumur 27 tahun 2019 , seorang wanita , menetap di pahang ,, sy telahpun berkahwin. Atas keizinan dari suami dn keluarga , sy nk sgt pergi ke sesuatu tmpt yg sy boleh belajar ilmu agama dgn lebih mendalam dn perbaiki bacaan serta hafazan al-quran .. Kemana lokasi yg sy perlu pergi ? Kalau utk disini , jantina dn umur sy , boleh layak ke ? Kalau sy layak , macam mana sy nk mendaftarkan diri ? Boleh tlg tinggalkan nombor tel/Hp utk sy hubungi .
    TERIMA KASIH ~

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum..saya berumur 31 tahun..saya masih layak ke belajar di sini?

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum....sy brumr 30 thun.sy ingin bljr ilmu agma..sy lmh sgt dgn bab agama

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam ,boleh contact no telifon rasmi pondok 0134336747.

    ReplyDelete
  23. Sesiapa yg berminat boleh hubungi di talian 0134336747

    ReplyDelete
  24. Assalammualaikum....sy brumr 30 thun...sy ingin bljr ilmu agama

    ReplyDelete
  25. Assalammuailaikum, saya berumur 46 tahjn, saya ingin belajar ugama, saya dari kuala lumpur, saya ingin belajar dan tinggal disana.

    ReplyDelete
  26. Assalammualaikum..saya sedang mencari tempat utk tinggal Dan mengenali islam.lebih dalam. Blh hubungi saya 0168236279

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum..boleh tk anak saya belajar kt tmpt nie..umur anak saya sudah 23 thn..boleh hubungi saya no 01124808924

    ReplyDelete